meterpersecond

Wednesday 8 February 2012

cinta yang tidak terbagi.

Sedang si suami leka menonton televisyen. Tiba-tiba si isteri memeluknya dari belakang.
Isteri      :  abang!!
Suami    : eyh sayang abang ni.terkejut abang.(sambil mencium lembut tangan isterinya)
Isteri      : abang, ayang nak tanya. Abang sayang tak kat ayang?
Suami    :  ya allah, allah je tahu macam mana sayangnya abang kat sayang abang ni tau. Sayang tu
                 Sayang tak dengan abang ni.(terus menarik si isteri di dakapannya)
Si isteri mengelengkan kepala. Sambil buat-buat muka comel.lantas si suami tunduk  membisu. si isteri seakan mengerti tingkah suaminya.
Isteri      : abang ni.alaloo. dah pandai dah ye nak merajuk dengan ayang.senyum lah sikit.alaaaa.comel
                  Dia buat mucungkan. Abang, mestilah ayang sayang kat abang. Abang seorang je yang ayang
                  Sayang selain mak dan ayah. Abang anugerah terindah yang DIA beri pada sayang tau. Sayang
                  Takkan sia-siakan abang selagi ayang mampu.
Suami      : abang tahu ayang mesti sayang kat abangkan.(sambil mengucup lembut dahi isteri tercinta)
Isteri        : abang, abang nak janji sesuatu dengan ayang tak?
Suami   : janji ape sayang? Untuk intan payung abang ni.semua selagi terdaya Abang akan tunaikan.
Isteri        : abang ni. Ayang seriuslah.hm. besokkan abang tak payah text ayang.tak yah call ayang.hanya
                   untuk hari esok je abang.boleh tak? Kate sayang kat ayang kan. So ayang nak tengoklah
                    bukti kesungguhan abang sayang kat ayang tu.
Suami    : sehari ayang.hm.tapi kenape?
Isteri      : alaaa. Besok je.boleh kan. Kalau abang dapat tunaikan. Ayang janji dengan abang yang ayang
                  akan sayang abang sampai penghujung nafas ayang ni tau.ayang janji betul ni.
Suami    : ayang ni.ada-ada je.ye lah.abang buat.tapi sehari je.alamatnye rindu lah abang kat ayang
                 Besok. Ayang jomlah tidur.
Si isteri tersenyum riang kerana dia tahu suaminya tidak akan mensia-siakan permintaanya. Keesokan harinya, si suami menahan dirinya dari menghantar pesanan ringkas dan telefon kepada isterinya. Hatinya risau, rindu kerana tidak mendengar khabar berita. Dia berasa tidak sedap hati, namun perasaannya di biarkan lalu menyambung kembali pekerjaannya. Berharap kesibukan akan membuang segala kerisauan. Setelah tamat waktu pejabat, si suami bergegas pulang untuk menemui puteri yang di puja.
Sesampai sahaja di rumah.
Suami    : assalamualaikum! Ayang oh ayang.ayang kat mana ni.penat abanag ketuk pintu tau.
                 Janganlah main sorok-sorok. Abang rindu sangat ni.
Entah kenape hatinya begitu rindukan isterinya. Jeritannya, satu pun tidak berbalas. Langkahnya segera ke kamar utama. Bibirnya tersenyum melihat bidadarinya yang sedang lena di pembaringan. Saat dia hendak mengucup umbun- umbun isterinya.
Suami    :  ya allah. Kenapasejuk dahi  ayang ni.ayang! ayang! Kenapa ni.kenape ayang diam.kenapa
                Ayang tak nak bangun bila abang kejut. Ayang, jangan main-main lah.bangunlah sayang. Jangan
                 Buat abang takut.
Segera dia mencari nadi isterinya. Terdiam. Air mata mengalir deras. Cuba menerima kenyataan. Terduduk. Mencari kekuatan. Tatkala itu, dia terpandang sekeping kertas berwarna merah hati di atas meja solek. Dengan perlahan dia cuba untuk bangun. Mengambil kertas yang sedia di lipat. Dengan tenang. Dia mula membukanya.
assalamualaikum abang,
  Abang jangan lah nangis. ayang tak pergi mana pun. Ayang tetap ada dengan abang. Cinta ayang, kasih dan sayang ayang akan sentiasa menemani abang sampai bila-bila. Terima kasih abang , kerana menunaikan janji. Ayang tahu abang akan buat ape sahaja untuk ayang. Tak mampu ayang balas semua tu abang. Sekarang terbukti lah abang benar cintakan ayang. Ayang tahu abang akan dapat hidup tanpa sayang. Ayang tahu abang kuat.abang tabah. Terima kasih kerana masih menerima ayang walau ayang tidak mampu memberikan abang zuriat. Tetapi abang masih tetap tersenyum menerima kepahitan itu. Sedangkan ayang bagaikan mahu mati ketika itu. Abang sayang, sayang akan tunaikan janji sayang. Ayang akan sayang abang sampai penghujung nafas ayang. Abang jangan nangis ye. Senyum lah. Ayang suka tengok abang senyum, bila abang senyum semua kekuatan tu datang. Abang tahu, abang lah semangat sayang untuk terus tetap menikmati hari-hari ini. Ayang mohon maaf kat abang. Halal kan segala makan minum ayang selama ini. Halal kan segala-galanya. Sayang mohon maaf. Kerana merahsiakan penyakit ayang ni dari abang. Ayang tak mampu nak tengok kesedihan abang. Ayang tak nak tengok abang menangis untuk ayang. Cukuplah ayang melihat air mate itu ketika hai kita di ijab kabulkan. Cukuplah air mata itu hanya untuk DIA. Abang, ingat pesan ayang. Cinta ayang pada abang takkan pernah hilang walau sekarang ayang tidak mampu lagi memeluk dan mengucup pipi abang. Terima kasih kerana masih tetap menyintai sehingga saat ini.
Isteri mu “