meterpersecond

Wednesday 14 December 2011

cerita tentang aku 1

first time aku masuk u ni.aku rase.macam agak sedikit takut.yelah kan.enviroment baru.kawan baru.housemate baru.semua baru.aku akan cuba belajar untuk lebih berdikari saat ni.pertama kali aku urus duit sendiri untuk beli makanan.tak macam masa aku duduk kat hostel dulu.makan.semua tak payah risau.hulur tray kat makcik  dm,dapat makanan.sekarang aku kena berjimat lebih.
setelah seminggu aku penat dengan orintasi.akhirnya.inilah pertama kali aku menjejakan kaki ke fakulti.hmm.aku harap sangat semua classmate aku baik.entah macam mana peragai mereka.dapat tak mereka terima aku nanti ye.selepas aku melihat jadual yang terpampang berhampiran dengan pejabat fakulti, segera aku melangkah kaki ke tempat yang di tuju.terima kasih makcik cleaner sebab tunjukkan budak comel ni jalan.hehe.segan jugak kalau salah masuk kelas.hehehe.
sampai tempat yang aku tuju.pintu masih terkunci dan aku lihat ramai manusia yang berkumpul.aku dengan tanpa segan dan silu terus menuju ke arah mereka. "assalamualaikum,tumpang tanye.korang ni group P11 jugak ke?" aku hanya tersenyum melihat ke arah mereka.first time jumpe kena lah nampak muka suci lagi murni kan,hehe,tapi.eyh.aku salah cakap ke? "waalaikumsalam.aah betul lah tu.kita orang pon group P11 jugak.nama saya eja." kata salah seorang dari mereka sambil menghulur salam ke arah aku.aku menyambut salam."hm.owh.baguslah.takut jugak saya salah kelas tadi.nama saya dania.panggil nia je.".aku segera menghulur salam kepada mereka yang ada di situ dan berkenalan.alhamdulillah.aku mendapat kawan yang baik dan ramah belaka.cuma belum ada kesempatan untuk berkenalan dengan pelajar siswa.aku bukan gatal.tapi memang patut aku kenal dengan mereka.mereka kan rakan se'group' aku.
masa pertama berlalu begitu sahaja.tiada lecturer yang masuk.kami hanya berkenalan dan bertanya akan tempat tinggal dan pelbagai lagi.tidak aku sangka ramai juga anak kelahiran pahang di sini.kemudian kami segera keluar untuk pergi ke lecture hall yang seterusnya.biasa lah.kata pon pelajar universiti.tidak macam sekolah hanya guru yang datang ke setiap kelas.di sini.kami bersama-sama lecturer ke bilik yang ditetapkan.
tiba -tiba.