meterpersecond

Friday 23 September 2011

warkah cinta berbau syurga

' antara kita ada peristiwa yang menjadi kenangan abadi namun tidak bermaksud kita mengagungkannya.jadikan ia sekadar memori untuk diri sendiri.sekadar nostalgia untuk di imbau.biarlah ia menjadi khazanah berharga atau mungkin sahaja hilang dipupus masa.tuhan yang menentukan.
biarlah cinta tak mampu memenangkan segala.cinta tidak membawa kesempurnaa hadir ke sisi.tetapi ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya.cinta bukan semestinya bersama.cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia'

'cinta itu buta, ia menyubur tanpa batas dan sempadan, ia hadir tanpa suara. adanya dapat di rasa.'
adat menghukum pada yang zahir,
mengukur cakap menghurai sifat
cinta tak semestinya terungkap di bibir
hanya makrifat akan mengungkap hakikat 



cinta tak pernah mengenal siapa.hadirnya ia mengetuk pintu hati seorang insan untuk menerima.cinta anugerah teragung yang seharusnya terhias indah tanpa noda.sukar untuk mengungkap definisi sebuah cinta.kekuatan sebuah cinta bisa membuat insan lemah kembali berdaya.cinta tak pernah mencari kesempurnaan.kerana cinta itu yang menyempurnakan.bisikan cinta menjadikan manusia tunduk mencari cinta tuhannya.biarlah hanya cinta yang berbicara.


tidak berhubung bukan bererti putus
berenggang tak bererti benci
kerana kasih yang sejati itu lahir daripada keimanan
cinta seseorang kerana Allah
benci kerana Allah
bertemu dan berpisah keranaNya